About Me

My photo
please forgive me for my wrongdoings, flaws and actions. i don’t have all the answers and i’m searching for my balance. lotsa love.

Monday, 24 December 2012

First Time!

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
life must go on.

haaa kenapa lately ni rajin pulak sy meng-hupdate ini blog. takde benda nak buat kot dan terasa macam banyak benda nak cerita (eh eh eh yeke). okay mula mula alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk sy meneruskan hidup. nak cerita pengalaman sy jadi pengacara majlis (skema okay) untuk department punya event kat hotel armada uolls. ya Allah punyalah nervous sampai tak lalu nak makan semua! over tau nervous nya macam orang nak masuk minang. tapi seriously, it was my veghy the fighst time jadi mc (oh my god!). mula mula memang tak bole nak senyum, tak bole nak huha huha sebab butterfly dalam perut growing too fast. sampai kat hotel practice guna microfon, tapi mana ada practice pun. tak sudah sudah "testing 1 2 3" hehehe. berapa kali ulang cakap yang sama. pastu off microfon practice cakap sorang sorang while the others sibuk tengok makanan and tunggu the vips datang. bila dah ramai yang datang, semakin beranak pinak rama rama dalam perut. tunggu sorang vip tu palinggggg lama membuatkan sy tak sabar sabar nak habis semua ni. dan akhirnya dia pun datang. sy dan partner memulakan majlis. kata kata pertama yang keluar dari mulut ialah "ehem ehem". oooooooooo sy tak sepatutnya melegakan tekak di depan microfon! tapi dah terrrr huhuhu. then everything went well, alhamdulillah, amin ya rabb. tak sangka audiences bagi respon "good job A" "tahniah A" but i was like erkkk macam cartoon kot sy hehehe. habis jadi mc baru sempat baca sms N, masa tu lega tak terkata. hihih. kalau sebelum majlis mula sy baca mesti lebih bekeyakinan tapi takpelah dengan berkat doa daripada family, friends dan N sy berjaya menggalas tanggungjawab jadi mc (wahhh gituuu). dan seterusnya mc kali kedua untuk event 16hb january next year. aaaaaaa event tu lagi besar! tanggungjawab lagi besar huhuhu. but before that kena interview the vips untuk masukkan dalam montage. adoiiii banyaknya keje nak kena pikir. sy menyedari yang rambut sy semakin hari semakin banyak gugur. sama macam sy praktikal dulu. huhuhu. tapi takpe A, kamu bole buat punya! yakin yang Allah sentiasa ada bersama. usaha usaha!

semalam pun first time jugak tengok cerita istanbulakudatang. maklumlah tak dan nak tengok walaupun dah lama download huhuhu. cuti cuti krismas ni ada masa yang sangat banyak terluang selain keluar bersama familyyyy so tengok movie hehe. mula mula kan tengok rasa macam tak bole blah je cerita nya. tapi tetap bersabar nak tengok beto punya pasal. cerita dia simple, cerita yang tak payah pening kepala pikir dan sangat comel. sy sangat marah dengan azad dalam cerita tu. tolonglah gentle dan jujur. dian tu jauh jauh datang sebab nak jumpa dia. tapi rupanya ada orang lain. kalau tak nak, cakap awal awal. jangan mainkan perasaan orang. alasan busy itu ini, tak bole nak makan lunch sama lah, hey hello tu semua mengarut okay. kalau dah sayang, busy macam mana pun, mesti akan cari sikit masa untuk yang tersayang. kesian dian huhu. tapi dian sangat beruntung kenal haris dan jodoh dia kot kan. tapi memang common kot lelaki malaysia macam azad tu. alasan cari lain sebab sunyi memang tak bole terima. pastu dah kantoi senang senang ajak kawen. hati dian tu dah hancur patah seribu kot. eeeeee tolongggglahhhhh. meluat okayyyy! heeee sy sangat emosi tau tengok cerita tu. maybe ada kena mengena dengan sy jugak kot. sy harap N tak macam tu kan. bila jauh jauh ni banyak sangat pikir. huhuhu.

tadi bernangis nangisan dengan my sis. huhu. it was my mistake, i know. tak patut buat macam tahu semua benda. dia bersungguh sungguh bagitau info kat kt tapi kt buat macam tu. siapa yang tak terasa hati kan. tapi sumpah, takde niat pape pun sebab memang bergurau huhu. tak sangka jadi gaduh dan nangis. kelakar pun ada jugak. lepas nangis minta maaf sama sama. sy tau semuanya berpunca sebab hal tu. hal yang mungkin kita semua tak dapat lupakan. huhuhu. 

kepala dah pening, mata dah kecik. till then, allahua'lam.

p/s: mata sebelah kiri asyik gerak gerak je :'(

Sunday, 9 December 2012

I Am Thankful. Alhamdulillah.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
i wish i was strong enough *now playing both of us*


dah bersawang agaknya blog ni lama sangat tak update. alhamdulillah berkesempatan jugak nak update entry harini. saya sangat bersyukur dengan setiap apa yang Allah berikan pada saya setiap saat, setiap masa dan setiap hari. dari saya tidur, dibangunkan. mengerjakan ibadah kerja dengan keredhaanNya. aminnnnn. hari hari yang saya lalui sudah mencukupi makan pakai. alhamdulillah apa yang saya ada sekarang mungkin orang lain takde. syukur ya Allah. alhamdulillah dengan pemberianMu ya Allah. walaupun saya tidak ada pekerjaan tetap yang nak dibanggakan tapi saya bersyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan. kadang terpikir jugak kenapa saya tak berjaya macam orang lain. bukan tak usaha tapi yelah mungkin rezeki untuk saya belum ada. dan saya percaya satu hari nanti pasti ada dan semua yang terjadi ada hikmah tersendiri dari Allah. kadang mengeluh jugak sebab masih tak dapat apa yang kita inginkan. kalau nak ikutkan keinginan punya list tu memang sangat panjang. tapi kena selalu ingat dan bersyukur yang at least kita still ada rumah untuk berlindung dari hujan panas, tidur atas tilam empuk dengan aircond setiap hari dan bersama dengan orang orang yang kita sayang menyayangi. huhu. 



alhamdulillah Allah kurniakan saya keluarga yang sangat membantu memulihkan semangat. walaupun tanpa berkata kata, dengar ketawa senda gurau je pun dah cukup untuk membuatkan saya terasa tidak bersendiri. saya sangat bersyukur kerana itu. alhamdulillah Allah jumpakan saya dengan kawan kawan yang sentiasa mengambil berat, tak kira waktu susah dan senang. alhamdulillah Allah temukan saya dengan N yang sebelum ni saya tak tau macamana perasaan tu wujud. terima kasih pada N membuatkan saya rasa macam seorang yang sangat dihargai dan istimewa. sekarang saya sendiri tak pasti dengan perasaan N yang sentiasa sibuk yang saya kategorikan sebagai dato seri menteri pegi becuti. kalau N bole menjalani hari harinya tanpa saya, terasa macam diri ni tak penting lagi. tapi takpelah, saya cuba untuk bersabar dan menanti dengan harapan tidak disia siakan. walaupun masih berharap, tapi takut nak berharap lebih sebab semakin tinggi harapan semakin sakit jatuhnya. mungkin Allah dah susun yang terbaik. semoga N berjaya hingga ke menara gading, buat yang terbaik untuk keluarganya bangga dengan pencapaiannya. insyaAllah.



alhamdulillah dengan rasa dan perasaan yang wujud dalam hati. ada rasa sayang, sedih, benci, suka, marah. tapi jangan diikutkan hati dan perasaan tu sangat. pandang dan tengok sekeliling, bersyukurlah. makanya saya selalu express kan feeling through songs. dengan lagu saya rasa complete untuk menyatakan apa yang saya rasa. alhamdulillah dengan apa yang Allah beri. semoga kita semua tidak kufur nikmat dan sentiasa ingat asal usul kita, ingatlah yang kita berpijak di bumi yang nyata. Allahua'lam.



p/s: ohh how i wish i could be like a bird flying in the sky.