About Me

My photo
please forgive me for my wrongdoings, flaws and actions. i don’t have all the answers and i’m searching for my balance. lotsa love.

Monday, 24 December 2012

First Time!

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
life must go on.

haaa kenapa lately ni rajin pulak sy meng-hupdate ini blog. takde benda nak buat kot dan terasa macam banyak benda nak cerita (eh eh eh yeke). okay mula mula alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk sy meneruskan hidup. nak cerita pengalaman sy jadi pengacara majlis (skema okay) untuk department punya event kat hotel armada uolls. ya Allah punyalah nervous sampai tak lalu nak makan semua! over tau nervous nya macam orang nak masuk minang. tapi seriously, it was my veghy the fighst time jadi mc (oh my god!). mula mula memang tak bole nak senyum, tak bole nak huha huha sebab butterfly dalam perut growing too fast. sampai kat hotel practice guna microfon, tapi mana ada practice pun. tak sudah sudah "testing 1 2 3" hehehe. berapa kali ulang cakap yang sama. pastu off microfon practice cakap sorang sorang while the others sibuk tengok makanan and tunggu the vips datang. bila dah ramai yang datang, semakin beranak pinak rama rama dalam perut. tunggu sorang vip tu palinggggg lama membuatkan sy tak sabar sabar nak habis semua ni. dan akhirnya dia pun datang. sy dan partner memulakan majlis. kata kata pertama yang keluar dari mulut ialah "ehem ehem". oooooooooo sy tak sepatutnya melegakan tekak di depan microfon! tapi dah terrrr huhuhu. then everything went well, alhamdulillah, amin ya rabb. tak sangka audiences bagi respon "good job A" "tahniah A" but i was like erkkk macam cartoon kot sy hehehe. habis jadi mc baru sempat baca sms N, masa tu lega tak terkata. hihih. kalau sebelum majlis mula sy baca mesti lebih bekeyakinan tapi takpelah dengan berkat doa daripada family, friends dan N sy berjaya menggalas tanggungjawab jadi mc (wahhh gituuu). dan seterusnya mc kali kedua untuk event 16hb january next year. aaaaaaa event tu lagi besar! tanggungjawab lagi besar huhuhu. but before that kena interview the vips untuk masukkan dalam montage. adoiiii banyaknya keje nak kena pikir. sy menyedari yang rambut sy semakin hari semakin banyak gugur. sama macam sy praktikal dulu. huhuhu. tapi takpe A, kamu bole buat punya! yakin yang Allah sentiasa ada bersama. usaha usaha!

semalam pun first time jugak tengok cerita istanbulakudatang. maklumlah tak dan nak tengok walaupun dah lama download huhuhu. cuti cuti krismas ni ada masa yang sangat banyak terluang selain keluar bersama familyyyy so tengok movie hehe. mula mula kan tengok rasa macam tak bole blah je cerita nya. tapi tetap bersabar nak tengok beto punya pasal. cerita dia simple, cerita yang tak payah pening kepala pikir dan sangat comel. sy sangat marah dengan azad dalam cerita tu. tolonglah gentle dan jujur. dian tu jauh jauh datang sebab nak jumpa dia. tapi rupanya ada orang lain. kalau tak nak, cakap awal awal. jangan mainkan perasaan orang. alasan busy itu ini, tak bole nak makan lunch sama lah, hey hello tu semua mengarut okay. kalau dah sayang, busy macam mana pun, mesti akan cari sikit masa untuk yang tersayang. kesian dian huhu. tapi dian sangat beruntung kenal haris dan jodoh dia kot kan. tapi memang common kot lelaki malaysia macam azad tu. alasan cari lain sebab sunyi memang tak bole terima. pastu dah kantoi senang senang ajak kawen. hati dian tu dah hancur patah seribu kot. eeeeee tolongggglahhhhh. meluat okayyyy! heeee sy sangat emosi tau tengok cerita tu. maybe ada kena mengena dengan sy jugak kot. sy harap N tak macam tu kan. bila jauh jauh ni banyak sangat pikir. huhuhu.

tadi bernangis nangisan dengan my sis. huhu. it was my mistake, i know. tak patut buat macam tahu semua benda. dia bersungguh sungguh bagitau info kat kt tapi kt buat macam tu. siapa yang tak terasa hati kan. tapi sumpah, takde niat pape pun sebab memang bergurau huhu. tak sangka jadi gaduh dan nangis. kelakar pun ada jugak. lepas nangis minta maaf sama sama. sy tau semuanya berpunca sebab hal tu. hal yang mungkin kita semua tak dapat lupakan. huhuhu. 

kepala dah pening, mata dah kecik. till then, allahua'lam.

p/s: mata sebelah kiri asyik gerak gerak je :'(

Sunday, 9 December 2012

I Am Thankful. Alhamdulillah.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
i wish i was strong enough *now playing both of us*


dah bersawang agaknya blog ni lama sangat tak update. alhamdulillah berkesempatan jugak nak update entry harini. saya sangat bersyukur dengan setiap apa yang Allah berikan pada saya setiap saat, setiap masa dan setiap hari. dari saya tidur, dibangunkan. mengerjakan ibadah kerja dengan keredhaanNya. aminnnnn. hari hari yang saya lalui sudah mencukupi makan pakai. alhamdulillah apa yang saya ada sekarang mungkin orang lain takde. syukur ya Allah. alhamdulillah dengan pemberianMu ya Allah. walaupun saya tidak ada pekerjaan tetap yang nak dibanggakan tapi saya bersyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan. kadang terpikir jugak kenapa saya tak berjaya macam orang lain. bukan tak usaha tapi yelah mungkin rezeki untuk saya belum ada. dan saya percaya satu hari nanti pasti ada dan semua yang terjadi ada hikmah tersendiri dari Allah. kadang mengeluh jugak sebab masih tak dapat apa yang kita inginkan. kalau nak ikutkan keinginan punya list tu memang sangat panjang. tapi kena selalu ingat dan bersyukur yang at least kita still ada rumah untuk berlindung dari hujan panas, tidur atas tilam empuk dengan aircond setiap hari dan bersama dengan orang orang yang kita sayang menyayangi. huhu. 



alhamdulillah Allah kurniakan saya keluarga yang sangat membantu memulihkan semangat. walaupun tanpa berkata kata, dengar ketawa senda gurau je pun dah cukup untuk membuatkan saya terasa tidak bersendiri. saya sangat bersyukur kerana itu. alhamdulillah Allah jumpakan saya dengan kawan kawan yang sentiasa mengambil berat, tak kira waktu susah dan senang. alhamdulillah Allah temukan saya dengan N yang sebelum ni saya tak tau macamana perasaan tu wujud. terima kasih pada N membuatkan saya rasa macam seorang yang sangat dihargai dan istimewa. sekarang saya sendiri tak pasti dengan perasaan N yang sentiasa sibuk yang saya kategorikan sebagai dato seri menteri pegi becuti. kalau N bole menjalani hari harinya tanpa saya, terasa macam diri ni tak penting lagi. tapi takpelah, saya cuba untuk bersabar dan menanti dengan harapan tidak disia siakan. walaupun masih berharap, tapi takut nak berharap lebih sebab semakin tinggi harapan semakin sakit jatuhnya. mungkin Allah dah susun yang terbaik. semoga N berjaya hingga ke menara gading, buat yang terbaik untuk keluarganya bangga dengan pencapaiannya. insyaAllah.



alhamdulillah dengan rasa dan perasaan yang wujud dalam hati. ada rasa sayang, sedih, benci, suka, marah. tapi jangan diikutkan hati dan perasaan tu sangat. pandang dan tengok sekeliling, bersyukurlah. makanya saya selalu express kan feeling through songs. dengan lagu saya rasa complete untuk menyatakan apa yang saya rasa. alhamdulillah dengan apa yang Allah beri. semoga kita semua tidak kufur nikmat dan sentiasa ingat asal usul kita, ingatlah yang kita berpijak di bumi yang nyata. Allahua'lam.



p/s: ohh how i wish i could be like a bird flying in the sky.

Wednesday, 29 February 2012

Laaa Tak Jadi Pulak

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

hoi hoi yaa hoi mari kita gembira! hahaha. amboi sakan happy naa. semalam kemain kabut ribut bagai ada puting beliung yang melanda kepala dan jantung. berdegap degup hatiku bagai dipukul kayu drum dengan alunan irama musik rock tanpa henti. hahaha. ada satu pagi tu, dalam pukul 10 macam tu kot. dapat call daripada company ni kata suruh datang interview. and she said that it will be held in this coming thursday (two more days!) and i was like okay thank you bye (sebab mamai). bila dah segar pikir balik apa yang orang tu cakap mulalah kabut buat semua benda tak betul. sms kawan kawan bagitau (cara hilangkan stress) minta tunjuk ajarku sifu dan minta doakan kejayaan, cewah. tapi still masih laju jantungku. pastu bole lah, petang tu pegi jalan jalan shopping! hahahah. therapy yang baik sebenarnya untuk hilangkan stress tapi bila dah balik, tergolek kat katil kepenatan. study pun idak lagi, gilo camni. esok paginya study hard lah konon dari pagi sampai petang. pastu check email sebab orang tu kata dia akan hantar details. bila check tengok takde dapat email pun. lepas lunch hour tu saya pun call tanya kot dia terlepas pandang nama saya sebab tak dapat email. pastu dia terkejut, dia tanya balik ehh takde orang call ye bagitau interview cancel? sudah, pulak! memanglah takde. dia kata interview postpone and nanti pape dorang akan inform balik. wahhhhh masa tu punya lega tak tau nak gambarkan macam mana. rasa macam layang layang yang terbang di awangan bebas kemana jua hahaha. tapi sebenarnya ada sedih jugak sebab yelah peluang kan, tapi tengok tengok postpone. manalah tau sebenarnya ada je interview tu tapi mungkin requirements yang dorang nak tu takde pada saya so bagi alasan postpone. uishhh jangan, positif okay positif! bagusnya jugak sebab bole prepare and practice, nak buat mock interview heheh semangat pulak! yelah practice makes perfect. hewhew. pastu dah selamat pun isi borang sambung study, tinggal pos sijil yang berkenaan. alhamdulillah, semoga Allah mudahkan perjalananku. ameen.

p/s: bila study mata cepat noo lemau nak tido, bila mengadap laptop main game sampai subuh pun takpe! hadoihhh

Sunday, 26 February 2012

Thing That I Should Already Do In The First Place

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
chopppp! memang tak reti nak buat intro dan muqaddimah sebenarnya huhu. so the story begins.

saya seorang perempuan yang bertudung tapi tak sempurna. apa yang saya nak highlight-kan sempurna kat sini adalah tak sempurna menutup aurat sebagai seorang wanita. aurat wanita itu adalah menutupi seluruh anggota tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan. yes i admit it, saya cover dan tutup semua bahagian tersebut kecuali kaki. adakah kaki itu termasuk dalam tubuh badan? and yes, jawapannya ya termasuk. selama ni saya abaikan tuntutan menutup aurat kaki. kalau keluar pegi mana-mana, saya dengan tak malunya pakai selipar je tanpa stokin. walhal saya tau yang kaki tu juga adalah aurat seorang wanita. astaghfirullahalazim. berdosanya saya *sobs sobs* *fainted*

ada satu malam tu saya tengok video lagu-lagu in-team, rindu pulak lama tak dengar. biasalah kalau kat youtube mesti ada suggested videos untuk kita tengok kan. ada pulak link yang tak sepatutnya saya tengok. alangkah menyesalnya saya tengok. tapi sekurang-kurangnya, saya tau kehidupan kat luar sana tak seindah yang disangkakan. takut, sedih,  gerun, geram etc. macam-macam perasaan ada bila tengok bangsa kita jatuh dan memalukan macam tu. apatah lagi saya sebagai seorang wanita terasa malu dengan sikap kaum sendiri. bergaduh bagai dirasuk syaitan! come on girls, pergaduhan bukanlah solusi untuk permasalahan yang ada. saya tak tau macam mana diorang boleh sanggup dan tergamak pukul, bertampar dan berlawan sesama sendiri. macam dah takde iman, yang ada hanyalah sifat amarah yang dibisikkan syaitan. nauzubillahiminzalik.

sebelum solat subuh berjemaah, saya dapat sms dari seorang hamba Allah "assalamualaikum, salam berdoa. mudah-mudahan selamat, lancar dan dalam barakah". tak lama lepas tu, nak hilangkan perasaan yang bercampu-baur tadi saya pun bangun solat sunat. masa berdoa tiba-tiba saya macam entahlah, pelik jugak, terlintas kat hati dan fikiran nak berhijrah. saya nekad nak berubah. nak tutup aurat sepenuhnya. what i meant was nak cover bahagian kaki yang selama ni saya slumber badak je tunjuk kat orang. saya nak beli stokin, saya nak beli kasut. which is kasut yang sesuai untuk saya kemana-mana jauh atau dekat. yang terfikir canvas shoes dengan high heels. saya tak pasti lah kalau post ni macam "eeee tolonglah" atau "hek eleh dia ni" atau "poyo kot", itu saya tak tau sebab masing-masing punya persepsi and deeeep inside my heart, i'm very sorry kalau post ni macam very the errr err (you know what i mean). tapi apa yang saya tau, saya rasa perlu sebab kita hidup saling memerlukan, saling ingat-mengingati. saya sendiri pun tak tau kenapa tiba-tiba itu yang terlintas yang saya nak buat. adakah mungkin effect dari menonton video gaduh yang saya tengok atau mungkin juga dari kiriman sms yang saya dapat. sumpah saya tak tau, demi Allah. semuanya tiba-tiba. tiba-tiba mengalir air mata bila fikirkan Allah masih sayang, masih bagi peluang untuk bernafas, sudahlah tidur dibangunkan, cuba kalau tidur tak bangun-bangun, memang tak sempat apa dah. alhamdulillah. sayu hati bila fikir bukankah aurat tu adalah hak Allah. terasa bersalahnya yang amat sebab tak menjaga hak-Nya dengan baik. subhanallah. setiap saat Allah limpahkan nikmat kurnia tapi saya tetap jahil dan sombong langgar peraturanNya. betapa Agung dan Besarnya kekuasaan Allah *sobs sobs*

semoga penghijrahan dan perubahan ini kekal dan menjadi lebih baik, insyaAllah. wallahua'lam.

p/s: habit baru sekarang - delete post yang rasa macam nak delete. kenapa? tepuk dada jangan tanya selera (takde kena-mengena) :p

Saturday, 11 February 2012

La Taghdab

bukan senang dan mudah jadi seorang perempuan atau wanita. mood tu control kita, tak kisahlah kat mana mana. contoh macam mulanya kita berazam nak jadi seorang yang paling gembira sentiasa yang selalu tersenyum di dunia, macam "dunia ini aku yang punya" hahaha. tapi bila masuk je next week, dunia ni berubah. tiba tiba perasaan tu jadi sedih, moody, malas etc. mood ni berubah ubah, setiap orang ada alasan dan sebab tersendiri kenapa mood dia berubah. aku ada terbaca tapi tak ingat kat mana, kimia dalam badan kita imbalance sebab tu lah mood kita swing swang swung. aku percaya bila seseorang tu dah marah, memang susah sangat dia nak control marah tu. sebab bila dah marah dengan sesaat je dunia sekeliling boleh berubah. kalau pasu bunga elok elok kat tepi, tiba tiba boleh pecah. kalau atas meja sedang elok je kemas teratur, tiba tiba boleh berselerak pulak. tu semua adalah akibat kemarahan. tak semua orang maksum boleh kawal kemarahan tu dengan baik. tapi kita boleh ambik wudhuk. kalau masa tengah marah tu kita berdiri, cuba kita duduk. kalau masa tengah marah tu kita duduk, cuba kita berdiri. insyaAllah. aku mengaku memang susah nak kawal kemarahan. contoh macam bila bara api dalam hati aku dah nak padam tiba tiba datang satu musibat yang entah mana datangnya macam puting beliung, bara api tu makin membuak buak dan makin besar. kebiasaannya kalau marah, aku mesti terdiam duduk termenung sekejap fikir. pastu aku akan cari orang orang tersayang aku tanya pendapat, nasihat, dan macam macam sebab dari situ aku dapat lupakan musibat tu sikit sikit walaupun hakikatnya masih segar dalam ingatan. huhu. tapi aku cuba bekerja hempas pulas untuk mengawal emosi marah aku. Islam sentiasa mengajar kita erti kebaikan dan tiada yang buruk. Islam juga mengajar supaya kita suka dan sayang antara satu sama lain. kita baca, kita belajar tapi kita tak amalkan pun apa yang kita belajar tu. Nabi Muhammad SAW pun ada kata La Taghdab berulang kali dalam hadith riwayat Al Bukhari. penting untuk kita mengawal sifat marah tu sebab lagi kita marah lagi syaitan yang direjam hoorayyy kat kita. allahua'lam.

Friday, 10 February 2012

Carta Kasih Cinta Hati

love. cinta. sarang. ai. ishq. hub. amor. mahal. 
okay that is love in various languages. tau cinta kan? bila dah cinta mesti ada rasa sayang. bila dah sayang mesti kita rasa kasih. cinta kasih sayang. waahhhh! ni apahal tibatiba cinta bagai ni. hehe. nahh, saya nak panjatkan rasa bersyukur saya sebab saya dikelilingi dengan orang orang yang sangat saya sayang, cinta dan kasih. bak kata penyanyi si gadis youtube yang tengah hot dengan lirik lagu carta hati "kau terkini duduk di carta hati" "teruslah berada di carta hati". so i announce, the winner is jeng jeng jeng (drum roll)

ibu dan ayah.
dorang menduduki tempat pertama dalam carta hati saya. apa yang kita boleh cakap tentang ibu dan bapa kita? dorang adalah segala galanya. dari kita kecik sampai besar, they raised us bagai menatang minyak yang penuh. belum dengan pengorbanan. kita tidur, makan, minum, pakai, sakit sampai dah besar sekolahkan kita bagi pendidikan. belum lagi bila kita menangis, orang pertama yang kita cari, nak peluk, tak sabar nak cerita, siapa lagi kalau bukan ibu dan ayah. walaupun kita tetap risaukan dorang, tapi dorang tetap sayang, menyebelahi kita tak kira dalam keadaan apa sekalipun. ayah yang tak pernah tunjukkan kemarahan pada anak anak. kadang teringin nak tanya macam mana ayah atasi kemarahan tu. nasihat dan tazkirah yang ayah selalu bagi semuanya sangat bermanfaat dan saya semat betul betul. kata siapa lagi kita nak dengar kalau bukan dorang. teringat dulu macam mana susahnya ayah pegi balik kerja semata nak ambik kitorang dari sekolah, dah ambik pastu pergi kerja balik. nak redah jalan jammed lagi. balik penat layan kerenah kitorang lagi. besarnya pengorbanan dan kesabaran ayah. ibu selalu masak, suap, basuhkan sidaikan baju, sikatkan, iron kan baju masa sekolah dulu. sampai besar pun ibu tetap macam tu. kadang teringin nak tanya ibu macam mana boleh tak bosan buat kerja rumah. sendiri pulak tu. melengkapkan rumah dengan ceria je selalu. ada pernah ibu sakit perut, food poisoning. haa menggelabah masing masing buat itu ini, tu pun dah bahagi kerja. tak dapat bayangkan penatnya ibu buat semua tu sorang. besarnya pengorbanan ibu. ~sobs sobssemoga kita jadi anak yang soleh/solehah yang senantiasa mendoakan kedua ibubapa kita. doa tu membawa ke syurga. cuba bayangkan betapa sedihnya dorang kalau tau yang anak anak tak pernah mendoakan dorang sedangkan dalam setiap detik doa dorang bersama kita. sama samalah kita mendoakan kedua ibubapa kita ye. "rabbi ighfirli waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani soghira".

nephew.
ohh sejak kehadiran dia, bangun tidur ingat dia. nak tidur pun ingat dia. pernah sekali terpisah dengan dia sebab balik kampung. secara langusngnya saya menangis rindu kat dia. hahahahha. gedik sungguh! perasaan sayu tu macam tiba tiba datang pastu bombed! wahahaha semua orang ejek kata melebihkan macam ibu dia #facepalm. nak buat macam mana kalau dah hampir setahun lebih hari hari dengan dia. wo ai ni, i love you, aku cinta padamu, alep! macam macam tamtam (dia tengah belajar cakap ni hihih)

adik beradik.
woooo! walaupun kadang kadang geram, marah, gaduh, tapi sebenarnya itu yang membuatkan perhubungan tu makin rapat dan akrab. dari kecik kita main sama sama, menangis sama sama, sekolah sama sama, gaduh sama sama, ketawa sama sama, semuanya sama sama. walaupun abang garang dan pernah pechewww saya tapi saya tau dia seorang yang sangat sentimental, penyayang dan bertanggungjawab. walaupun abang mal suka menyakat heheh sana heheh sini tapi saya tau dia jaga adik adik dia. walaupun akak selalu tak setuju dan sekepala dengan saya tapi saya tau dia sangat ambik berat kebajikan saya. walaupun nomy selalu cepat marah dan hangen kat saya tapi saya tau dia sangat memahami saya. dulu masa sekolah nak tunggu ayah ambik, kita mesti duduk masjid. main kat situ. pastu kena marah dengan siak sebab bising sangat hehe. kalau sekolah pagi, balik je mesti singgah stadium beli fries. masa tu punya yummeh tak hengat! hahaha. pernah tu takde yang nak ambik nomy, saya naik basikal. dia kenalah naik dengan saya, beg dia masa tu tak hengat punya. zaman zaman beg tarik tau, beg orang pergi travel tu hahaha. naik basikal nak campak mana pulak kan dengan bakul yang cenonet. so dengan badan dia yang kecik tu terpaksalah gendong beg yang besar tu, kesian dia. takkan nak suruh tarik beg tu pulak kan. sampai kat jalanraya kena lenyek dek orang pulak beg tu nanti hew hew hew. balik sekolah mesti singgah cp melagho dengan akak pastu naik bas memilih nak duduk belakang je hahaha. rindunya masa tu. kalau lah boleh undur masa kejap whewwww~

one happy families.
cousins yang gila gila happy je kalau jumpa dorang. dah jumpa mesti bertepuk tampar. pastu main game ramai ramai. sampai subuh pulak tu, best tak hengat punya. arif tyco yang selalu buat macam blur tu hehe. shakirah yang manis dan suka menyakat saya. aima my couple hew hew hew sampai pergi mana mana pun bawak name tag kitorang keh keh keh. hafizul yang selalu back up saya dan kakak kakaknya hahah. farah yang comel suka ikut kakak kakak dia kemana sahaja heheh. adam yang kalau main dengan dia dah macam lari 4x100 phewww. adik teha yang sangat digerami, suka gomol dia, aaaa rindunya. taraaa! complete cousins saya. tak lupa jugak aunties uncles yang superb. atuk nenek yang sangaaaaaaat caring. mmuahh mmuahh.

friends.
perghh ni ramai kot. nak ikutkan semua nak letak kat sini. tapi ni yang memang very the close lah, yang memang tau wangi busuknya saya hahaha. kawan dari diploma sampai sekarang. tiqa yang first time kitorang jumpa masa nak pergi english class. masing masing sesat. ohh kami memang ratu sesat. dari situ hai hai dengan dia, pulak tu dia adik housemate saya weeee. tragedi sesat tu sampai dah ke last sem kami pegang dan tetap menjuarainya hahaha. siap dah duduk dengar lecture gitu baru perasan "apasal muka classmate semua macam tak pernah nampak eh?" hahahaha dengan segan silunya keluar and cepat cepat call yang lain. tu lah padah orang yang selalu suka datang lambat. wahahaha. wana first time kenal sebab dia kawan dengan tiqa. pastu suka lepak bilik dia sebab nak balik rumah sewa jauh, malas. tumpang bilik dia hehe. dia sangat punctual woo, pastu dalam class kalau boleh nak duduk paling depan sekali. saya rasa kalau boleh meja lecturer tu pun dia nak duduk hihih. masa dah buat rombakan hostel, dorang kena duduk luar. so start dari situ saya kenal anis sebab dia kawan wana. dah macam rantaian makanan katak dimakan ular dimakan helang hahahaha. dia power woii bab multimedia. tabik springggg kot. tak kisahlah kalau ada orang lain yang lagi power rangers dari dia tapi bagi saya dia punya talent dah sangat chuggington (saje nak tukar superhero). kawan dari degree sampai sekarang. kak idi yang first time jumpa kat hotel thistle. dia banyak tolong bagi nasihat dan semangat dari dulu sampailah sekarang. teringat peristiwa dia jatuh tangga tapi saya langsung tak sedar dia masuk bilik mengurut huhu. if only i could turn back time. dia selalu tolong habiskan makanan kalau tak habis makan, selagi boleh disimpan dan elok dia takkan buang. haha selalu kalau nak pergi mana mana dia mesti paling jarang ikut sebab clash dengan class dia. tapi trip pergi london memang segar bugar dalam ingatan. kenangan tidur berbantalkan lengan (jie, sorry) merempat cari tinggal dengan kak lily. kak lily first time jumpa rasa macam sebaya, sekali kakak dah. mula tu macam kekok sikit dengan dia tapi bila dah pergi balik class sama sama, rasa rapat gila dengan dia. sampaikan masa dia nak balik malaysia saya bole touching gila nangis kat bilik macam hape hahahaha. lawak sungguh bila ingat. rindu gila bila tiba tiba ym chat keluar "dikkk....lapar" weehahaha. teringat masa pergi class ifra mesti lambat pastu masuk class hidung kembang kuncup penat lari. hahaha. ingatkan dah insaf, rupanya sampai degree saya bawak perangai datang lambat. tolonglah jangan sampai tempat kerja, nayo den! salima first time jumpa masa orientation. yang ni pulak ingatkan sebaya tapi adik dah. dia sangat comel dan sangat setia mendengar keluh kesah saya. selalu kuatkan semangat kalau tengah down down down. teringat pergi solat sama sama kat surau. masa exam week selalu yakinkan yang boleh buat dan lulus. ~sobs 

alhamdulillah. saya dikurniakan orang orang yang sangat perihatin, penyayang dan berperikemanusiaan. nak ikutkan panjang lagi kedudukan carta ni. tapi tangan pun dah kebas sebab dah lama tak type panjang panjang. last dulu masa buat dissertation, non stop typing, non stop eating muehehehe. inilah dia carta kasih cinta hati saya. saya nak carta ni kekal dan bertambah, insyaAllah. till then, lots of love.

Monday, 30 January 2012

All of A Sudden

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

wah tiba tiba buat blog pulak! memang sangat tiba tiba tau. sebab tiba tiba hafiz menang kot. kekeke. oh sy suka janice and the supertank punya lagu! sumpah awesomeeee. paling best di syurgayaya kot. download and straight away buat ringtone weeeee. apasal rajin sangat nak type ni? sy penat lah sebenarnya. kalau penat nak buat apa? tidolah wehh. hahaha. tak bermanfaat langsung! so sekali lagi kita di syurgayaya. okbai