About Me

My photo
please forgive me for my wrongdoings, flaws and actions. i don’t have all the answers and i’m searching for my balance. lotsa love.

Friday, 10 February 2012

Carta Kasih Cinta Hati

love. cinta. sarang. ai. ishq. hub. amor. mahal. 
okay that is love in various languages. tau cinta kan? bila dah cinta mesti ada rasa sayang. bila dah sayang mesti kita rasa kasih. cinta kasih sayang. waahhhh! ni apahal tibatiba cinta bagai ni. hehe. nahh, saya nak panjatkan rasa bersyukur saya sebab saya dikelilingi dengan orang orang yang sangat saya sayang, cinta dan kasih. bak kata penyanyi si gadis youtube yang tengah hot dengan lirik lagu carta hati "kau terkini duduk di carta hati" "teruslah berada di carta hati". so i announce, the winner is jeng jeng jeng (drum roll)

ibu dan ayah.
dorang menduduki tempat pertama dalam carta hati saya. apa yang kita boleh cakap tentang ibu dan bapa kita? dorang adalah segala galanya. dari kita kecik sampai besar, they raised us bagai menatang minyak yang penuh. belum dengan pengorbanan. kita tidur, makan, minum, pakai, sakit sampai dah besar sekolahkan kita bagi pendidikan. belum lagi bila kita menangis, orang pertama yang kita cari, nak peluk, tak sabar nak cerita, siapa lagi kalau bukan ibu dan ayah. walaupun kita tetap risaukan dorang, tapi dorang tetap sayang, menyebelahi kita tak kira dalam keadaan apa sekalipun. ayah yang tak pernah tunjukkan kemarahan pada anak anak. kadang teringin nak tanya macam mana ayah atasi kemarahan tu. nasihat dan tazkirah yang ayah selalu bagi semuanya sangat bermanfaat dan saya semat betul betul. kata siapa lagi kita nak dengar kalau bukan dorang. teringat dulu macam mana susahnya ayah pegi balik kerja semata nak ambik kitorang dari sekolah, dah ambik pastu pergi kerja balik. nak redah jalan jammed lagi. balik penat layan kerenah kitorang lagi. besarnya pengorbanan dan kesabaran ayah. ibu selalu masak, suap, basuhkan sidaikan baju, sikatkan, iron kan baju masa sekolah dulu. sampai besar pun ibu tetap macam tu. kadang teringin nak tanya ibu macam mana boleh tak bosan buat kerja rumah. sendiri pulak tu. melengkapkan rumah dengan ceria je selalu. ada pernah ibu sakit perut, food poisoning. haa menggelabah masing masing buat itu ini, tu pun dah bahagi kerja. tak dapat bayangkan penatnya ibu buat semua tu sorang. besarnya pengorbanan ibu. ~sobs sobssemoga kita jadi anak yang soleh/solehah yang senantiasa mendoakan kedua ibubapa kita. doa tu membawa ke syurga. cuba bayangkan betapa sedihnya dorang kalau tau yang anak anak tak pernah mendoakan dorang sedangkan dalam setiap detik doa dorang bersama kita. sama samalah kita mendoakan kedua ibubapa kita ye. "rabbi ighfirli waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani soghira".

nephew.
ohh sejak kehadiran dia, bangun tidur ingat dia. nak tidur pun ingat dia. pernah sekali terpisah dengan dia sebab balik kampung. secara langusngnya saya menangis rindu kat dia. hahahahha. gedik sungguh! perasaan sayu tu macam tiba tiba datang pastu bombed! wahahaha semua orang ejek kata melebihkan macam ibu dia #facepalm. nak buat macam mana kalau dah hampir setahun lebih hari hari dengan dia. wo ai ni, i love you, aku cinta padamu, alep! macam macam tamtam (dia tengah belajar cakap ni hihih)

adik beradik.
woooo! walaupun kadang kadang geram, marah, gaduh, tapi sebenarnya itu yang membuatkan perhubungan tu makin rapat dan akrab. dari kecik kita main sama sama, menangis sama sama, sekolah sama sama, gaduh sama sama, ketawa sama sama, semuanya sama sama. walaupun abang garang dan pernah pechewww saya tapi saya tau dia seorang yang sangat sentimental, penyayang dan bertanggungjawab. walaupun abang mal suka menyakat heheh sana heheh sini tapi saya tau dia jaga adik adik dia. walaupun akak selalu tak setuju dan sekepala dengan saya tapi saya tau dia sangat ambik berat kebajikan saya. walaupun nomy selalu cepat marah dan hangen kat saya tapi saya tau dia sangat memahami saya. dulu masa sekolah nak tunggu ayah ambik, kita mesti duduk masjid. main kat situ. pastu kena marah dengan siak sebab bising sangat hehe. kalau sekolah pagi, balik je mesti singgah stadium beli fries. masa tu punya yummeh tak hengat! hahaha. pernah tu takde yang nak ambik nomy, saya naik basikal. dia kenalah naik dengan saya, beg dia masa tu tak hengat punya. zaman zaman beg tarik tau, beg orang pergi travel tu hahaha. naik basikal nak campak mana pulak kan dengan bakul yang cenonet. so dengan badan dia yang kecik tu terpaksalah gendong beg yang besar tu, kesian dia. takkan nak suruh tarik beg tu pulak kan. sampai kat jalanraya kena lenyek dek orang pulak beg tu nanti hew hew hew. balik sekolah mesti singgah cp melagho dengan akak pastu naik bas memilih nak duduk belakang je hahaha. rindunya masa tu. kalau lah boleh undur masa kejap whewwww~

one happy families.
cousins yang gila gila happy je kalau jumpa dorang. dah jumpa mesti bertepuk tampar. pastu main game ramai ramai. sampai subuh pulak tu, best tak hengat punya. arif tyco yang selalu buat macam blur tu hehe. shakirah yang manis dan suka menyakat saya. aima my couple hew hew hew sampai pergi mana mana pun bawak name tag kitorang keh keh keh. hafizul yang selalu back up saya dan kakak kakaknya hahah. farah yang comel suka ikut kakak kakak dia kemana sahaja heheh. adam yang kalau main dengan dia dah macam lari 4x100 phewww. adik teha yang sangat digerami, suka gomol dia, aaaa rindunya. taraaa! complete cousins saya. tak lupa jugak aunties uncles yang superb. atuk nenek yang sangaaaaaaat caring. mmuahh mmuahh.

friends.
perghh ni ramai kot. nak ikutkan semua nak letak kat sini. tapi ni yang memang very the close lah, yang memang tau wangi busuknya saya hahaha. kawan dari diploma sampai sekarang. tiqa yang first time kitorang jumpa masa nak pergi english class. masing masing sesat. ohh kami memang ratu sesat. dari situ hai hai dengan dia, pulak tu dia adik housemate saya weeee. tragedi sesat tu sampai dah ke last sem kami pegang dan tetap menjuarainya hahaha. siap dah duduk dengar lecture gitu baru perasan "apasal muka classmate semua macam tak pernah nampak eh?" hahahaha dengan segan silunya keluar and cepat cepat call yang lain. tu lah padah orang yang selalu suka datang lambat. wahahaha. wana first time kenal sebab dia kawan dengan tiqa. pastu suka lepak bilik dia sebab nak balik rumah sewa jauh, malas. tumpang bilik dia hehe. dia sangat punctual woo, pastu dalam class kalau boleh nak duduk paling depan sekali. saya rasa kalau boleh meja lecturer tu pun dia nak duduk hihih. masa dah buat rombakan hostel, dorang kena duduk luar. so start dari situ saya kenal anis sebab dia kawan wana. dah macam rantaian makanan katak dimakan ular dimakan helang hahahaha. dia power woii bab multimedia. tabik springggg kot. tak kisahlah kalau ada orang lain yang lagi power rangers dari dia tapi bagi saya dia punya talent dah sangat chuggington (saje nak tukar superhero). kawan dari degree sampai sekarang. kak idi yang first time jumpa kat hotel thistle. dia banyak tolong bagi nasihat dan semangat dari dulu sampailah sekarang. teringat peristiwa dia jatuh tangga tapi saya langsung tak sedar dia masuk bilik mengurut huhu. if only i could turn back time. dia selalu tolong habiskan makanan kalau tak habis makan, selagi boleh disimpan dan elok dia takkan buang. haha selalu kalau nak pergi mana mana dia mesti paling jarang ikut sebab clash dengan class dia. tapi trip pergi london memang segar bugar dalam ingatan. kenangan tidur berbantalkan lengan (jie, sorry) merempat cari tinggal dengan kak lily. kak lily first time jumpa rasa macam sebaya, sekali kakak dah. mula tu macam kekok sikit dengan dia tapi bila dah pergi balik class sama sama, rasa rapat gila dengan dia. sampaikan masa dia nak balik malaysia saya bole touching gila nangis kat bilik macam hape hahahaha. lawak sungguh bila ingat. rindu gila bila tiba tiba ym chat keluar "dikkk....lapar" weehahaha. teringat masa pergi class ifra mesti lambat pastu masuk class hidung kembang kuncup penat lari. hahaha. ingatkan dah insaf, rupanya sampai degree saya bawak perangai datang lambat. tolonglah jangan sampai tempat kerja, nayo den! salima first time jumpa masa orientation. yang ni pulak ingatkan sebaya tapi adik dah. dia sangat comel dan sangat setia mendengar keluh kesah saya. selalu kuatkan semangat kalau tengah down down down. teringat pergi solat sama sama kat surau. masa exam week selalu yakinkan yang boleh buat dan lulus. ~sobs 

alhamdulillah. saya dikurniakan orang orang yang sangat perihatin, penyayang dan berperikemanusiaan. nak ikutkan panjang lagi kedudukan carta ni. tapi tangan pun dah kebas sebab dah lama tak type panjang panjang. last dulu masa buat dissertation, non stop typing, non stop eating muehehehe. inilah dia carta kasih cinta hati saya. saya nak carta ni kekal dan bertambah, insyaAllah. till then, lots of love.

No comments:

Post a Comment